turunnnya dari langit,
hujan membawa rahmat,
kurniaan dari Ilahi..
bersyukurlah dengan rezeki,
rezeki yang Tuhan beri,
siapakah kita dihadapanNya,
melainkan hamba yang hina,
hamba yang pendosa..
Namun Tuhan tahu,
kita tiada upaya,
kita tiada kuasa,
melainkan rahmat dariNya..
bersyukurlah kita kerana
masih hidup,
masih bernafas,
masih mampu berdiri,
mencari sesuap nasi,
untuk meneruskan hidup,
di dunia yang fana ini..
semoga dosa kita,
yang tidak terhijab itu,
yang tidak kita tahu,
setinggi mana ia berada,
semoga Tuhan ampuni.
hujan,
satu rahmat,
satu nikmat,
buat hamba yang mengerti,
dan hamba yang bersyukur..